HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KALI KE-4 KAL

HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KALI KE-4 KAL

Sunday 24 July 2016

HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KE-5




HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN KE-5


Sila klik link di bawah untuk mencetak borang penyertaan:










1.  Pengenalan

1.1.  Seperti pada tahun 2014,  HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN 5 (HSDR 5) akan diadakan bersempena PULARA 7 pada Disember nanti – 1 hingga 4 Disember 2016. HSDR 5 merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan karya-karya yang bermutu tinggi yang terhasil sepanjang tahun 2014 – 2015.

1.2.  Hadiah-hadiah penulisan diberikan kepada karya-karya yang diterbitkan sepanjang tahun 2014 - 2015 sama ada dalam bentuk buku, yang tersiar di majalah atau akhbar dan skrip  drama yang pernah disiarkan di radio, televisyen atau dipentaskan. 


2.  Kategori

2.1.  HSDR V meliputi 14 kategori yang melibatkan keseluruhan genre penulisan.  Selain daripada itu tiga anugerah juga dibuka untuk pencalonan, masing-masing Sasterawan Perak Darul Ridzuan, Pejuang Sastera dan Karyawan Sepanjang Hayat.  Kategori hadiah seperti di Lampiran “A”.

2.2.  Sasterawan Perak Darul Ridzuan akan menerima wang tunai RM50,000.00, piala iringan dan watikah penghormatan daripada Kerajaan Negeri Perak.

2.3.  Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan akan menerima wang tunai RM25,000.00 dan  watikah penghormatan Kerajaan Negeri Perak.

2.4.  Karyawan Sepanjang Hayat akan menerima wang tunai RM15,000.00 dan watikah penghormatan Kerajaan Negeri Perak.

3.  Objektif

3.1.  HSDR diwujudkan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada para penulis Perak kerana sumbangan yang diberikan dalam bidang pengembangan bahasa dan sastera. Program ini diharap dapat mendorong dan menjana kreativiti penulis Perak agar lebih produktif dan mencipta karya sastera yang lebih berkualiti sebagai khazanah persuratan bangsa. Secara rincinya, matlamat program ialah;

o   Meneliti dan menilai perkembangan kesusasteraan di Negeri Perak
o   Menjadi ukuran terpenting untuk memantau prestasi penulis-penulis Perak
o   Menjadi dorongan kepada para penulis untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti
o   Mendapatkan hasil karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu
o Menggalakkan para penggiat sastera dan persuratan untuk berusaha lebih giat lagi dalam pengembangan bahasa dan sastera di Perak
o Memberi penghargaan kepada para penulis Perak yang telah menghasilkan karya-karya bermutu tinggi.


4.  Panel Hakim

4.1.  Sebuah Panel Hakim yang terdiri daripada tokoh-tokoh dan mereka yang berwibawa dalam bidang masing-masing akan dilantik bagi menilai karya-karya.


5.  Kelayakan

5.1.  Penyertaan terbuka bagi penulis seperti di bawah;

5.1.2   Warganegara Malaysia rakyat negeri Perak yang berkarya di negeri Perak, di luar negeri Perak atau luar negara, atau

5.1.3   Warganegara Malaysia yang telah bermastautin di Perak sekurang-kurangnya lima tahun semasa karyanya dipilih

5.2.  Karya-karya mestilah asli, bukan terjemahan, saduran, penyesuaian atau apa jua pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli.


6.  Borang Pencalonan dan Borang Penyertaan

6.1.  Pencalonan untuk anugerah Sasterawan Perak Darul Ridzuan, Pejuang Sastera dan Karyawan Sepanjang Hayat serta penyertaan lain-lain kategori dibuka mulai sekarang dengan mengisi Borang Pencalonan dan Borang Penyertaan yang boleh dimuat turun daripada Kampung Karyawan Malim (facebook).  Semua borang pencalonan dan borang penyertaan harus sampai ke Sekretariat HSDR 5 pada atau sebelum 17 Oktober 2016. 

Alamat Sekretariat HSDR 5:

SEKERARIAT HADIAH SASTERA DARUL RIDZUAN 5
d/a Kampung Karyawan Malim
Lembah Gunung Tempurung
Batu 16½ Jalan Kampar
31600 Gopeng
PERAK DARUL RIDZUAN


7.  Penyampaian Hadiah

7.1.  Penyampaian HSDR 5 akan diadakan pada malam1 Disember 2016 di Arena Pangkor.   Sempena PULARA 7 juga, satu seminar tentang bahasa dan persuratan Melayu akan diadakan pada 2 dan 3 Disember 2016.  Ia akan disertai oleh pakar-pakar bahasa dan persuratan Melayu dari dalam dan luar negara.
Kategori Hadiah

Hadiah-hadiah penulisan diberikan untuk karya-karya yang diterbitkan sepanjang tahun 2014 - 2015 sama ada dalam bentuk buku, atau yang tersiar di majalah atau akhbar dan skrip  drama yang pernah disiarkan di radio, televisyen atau dipentaskan.



Kategori A (karya perseorangan dalam bentuk buku)

Bil.
Keterangan
1.   
Kumpulan Puisi
2.   
Kumpulan Cerpen
3.   
Novel Dewasa
4.   
Novel Remaja
5.   
Novel Kanak-kanak
6.   
Buku Kajian Sastera
7.   
Biografi         
8.   
Autobiografi
9.   
Memoir
10.          
Buku Sastera (umum)
11.          
Skrip Drama Radio
12.          
Skrip Drama Pentas
13.          
Skrip Drama TV


Kategori B (Eceran)

Bil.
Keterangan
1.   
Puisi (5 hadiah)
2.   
Cerpen (5 hadiah)
3.   
Esei Kritikan Sastera
4.   
Skrip Drama Radio
5.   
Skrip Drama Pentas
6.   
Skrip Drama TV
7.   
Rencana Sastera (2 Hadiah)